Skip to main content

BBM3410/18 : Seronoknya Belajar Flat Lay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hai kawan-kawan..
 "Flat Lay"

Flatlay???? 

Apa tu????? Haaa... mari saya ceritakan tentangnya.  Tugasan minggu ke-5 saya adalah berkaitan dengan proses flatlay. Flatlay ni kawan-kawan merupakan salah satu teknik fotografi yang sangat cantik hasilnya. Gambar-gambar yang diambil adalah melalui beberapa objek yang ditata di atas permukaan dengan gaya dan tema tertentu. Tugasan yang diberikan kepada kami mengkehendaki kami untuk mencari lima tema bagi setiap flatlay. Selain itu, kami diperlukan untuk mendapatkan empat jenis flatlay iaitu:

1. FlatLay




2. Half-FlatLay




3. Quater-FlatLay




4. Zero-FlatLay


Gambar-gambar kat atas ni cuma suku yang kami ambil.. banyak lagi gambar-gmabar lain. Tapi ini saya masukkan untuk menunjukkan kepada kawan-kawan semua apa yang membezakan setiap jenis flatlay ni.

Proses yang terjadi semasa gambar-gambar ini diambil memberikan pengalaman baru kepada saya dan ahli-ahli kumpulan yang lain. Kami berkelakuan seperti jurukamera yang sangat professional dengan memastikan setiap sudut kamera diambil dengan cara yang tepat. Pahit dan manis dapat dirasai kerana tempoh masa yang diberikan untuk memuat naik gambar-gambar tersebut di dalam Instagram adalah singkat. Walau bagaimanapun, perasaan lega dan bangga dengan hasil fotografi kami tidak dapat dinafikan. 

Bayangkan kawan-kawan, kami ni hanya jurukamera amatur dan ditugaskan pula mengambil gambar seperti seorang professional. Tetapi kawan-kawan, itulah yang menjadikan kursus BBM3410 ini menarik dengan caranya yang tersendiri. 

Itu sahajalah kawan-kawan pengisian untuk kali ini. Sehingga kita bertemu lagi dalam coretan yang akan datang. Bai ~~


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalamualaikum... Papan cerita merupakan lakaran sesuatu yang akan dipersembahkan di dalam perisian multimedia. Papan cerita berbeza dengan cerita, kerana ianya bersifat ringkas dan tidak menunjukkan hasil yang lengkap.  1. Mengandungi lakaran cerita. Papan cerita memerlukan lakaran cerita yang akan dibentuk menggunakan lukisan, tulisan, mahu pun gambar yang sangat ringkas. 2. Disusun mengikut babak atau turutan. Perlu disusun mengikut turutan yang betul bagi memudahkan proses rakaman sebenar dijalankan. 3. Boleh dalam pelbagai bentuk. Papan cerita boleh dibuat menggunakan animasi atau tulisan tangan seperti tugsan E-Majalah. Tugasan e-majalah mengandungi 10 halaman dan tiap halaman mengandungi maklumat lakaran tentang sesebuah produk yang berbeza. Melalui papan cerita e-majalah, pembaca dapat mengetahui cerita tentang sesebuah produk secara ringkas dan teratur.  Sekian.