Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

BBM3410/18 : Asas Grafik Minggu ke-2

Haii kawan-kawan.. Assalamualaikum semua !! Happy ke semua? Sihat tak semua?? Minggu ke-2 kelas saya berkisarkan tentang aktiviti Asas Grafik.. Kami diarahkan memilih 5 keping gambar di dalam majalah lama dan melekatkannya di atas mounting board. Setiap kumpulan berusaha mencari gambar yang menarik dan menepati ciri asas grafik yang dikehendaki. Alhamdulillah, Prof memberikan dua bintang untuk kumpulan saya. Gembiranya saya... hehe.. Akhirnya bergambar lah sesama ahli kumpulan.. Okay itu sahaja. semoga berjumpa lagi di coretan yang lain ye kawan-kawan.. Bye~!

BBM3410/18 : Aktivit Minggu Pertama

Haii dan Assalamualaikum kawan-kawan..  Bertemu lagi kita untuk coretan yang kedua ini.. Haa.. kali ni saya akan bertcerita mengenai aktiviti yang saya lakukan untuk kelas yang pertama dalam minggu yang pertama iaitu kelas Multimedia dalam Bahasa. Okay untuk pengetahuan semua, kelas ni diajar oleh Prof Normaliza Abdul Rahim dan kelas dengan Prof Normaliza sangat santai. Prof sentiasa happy go-lucky tapi masih kekal ketegasannya. Untuk kelas pertama kami, kami hanya didedahkan dengan rangka kursus dan apa yang akan dilakukan untuk kursus tersebut. Selain itu, kami juga diarahkan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli. Kumpulan saya akhirnya mendapat ahli yang mencukupi dan memilih nama Produksi Satu Kosong sebagai nama kumpulan kami. Simboliknya nama kumpulan kami adalah kerana satu kosong mewakili jumlah ahli yang terlibat di dalam kumpulan ini. Maka itu sahajalah untuk coretan kali ini. Berkisarkan minggu pertama kuliah bagi sesi ini. Okaylah kawan-kaw

BBM3410/18 : Kenali Pemilik Nama Ini

Hai... Assalamualaikum semua.. Untuk pengetahuan semua, coretan kali ini merupakan coretan yang pertama kali yang akan dimuat naik ke dalam blogstarz ini.. jadi, coretan kali ini adalah untuk memperkenalkan diri saya.. Apa tunggu lagi? Jom kenali saya kawan-kawan.. Pemilik blogstarz ini diberi nama Aini Amira Binti Isa.. Umurnya baru sahaja mencecah 23 tahun.. Seorang anak jati Teluk Intan yang dilahirkan di Hospital Besar Teluk Intan dan membesar di Kampung Sungai Manik.. Pendidikan awal bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik di Perak. Selesai menuntut ilmu di dua buah sekolah yang meninggalkan banyak kenangan itu, saya meneruskan pendidikan di peringkat pra-universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah selama setahun setengah. Berawal daripada itu, bermulalah kehidupan saya di Universiti Putra Malaysia pula selama kurang lebih tiga tahun setengah. Kini saya masih berada di tahun terakhir penga