Skip to main content

BBM3410/18 : Cara Menghadapi Ketiadaan Air di Kolej Kediaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Air tak ada ke???




Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam coretan kali ini. Apa yang menarik kawan-kawan, saya nak berkongsi mengenai cara-cara yang perlu dilakukan untuk menghadapi masalah ketiadaan air di kolej kediaman. Coretan ini mungkin boleh diguna pakai untuk pelajar baharu yang masih belum pernah merasai pengalaman ketiadaan air di kolej-kolej kediaman. Baiklah, mari kita intai apakah langkah yang perlu diambil.

Mula-mula rakan-rakan, kita pasti akan diberikan notis tentang gangguan air yang akan berlaku. Jadinya kawan-kawan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan sama ada berita tersebut benar atau pun palsu.

Apabila perkara tersebut sahih, barulah kawan-kawan atau adik-adik boleh bersedia untuk membeli baldi atau bekas air yang mampu menampung air yang banyak. Haaa, jangan anggap membeli bekas air tersebut merugikan. Bukan apa rakan-rakan, siapa-siapa yang tinggal di kolej kediaman yang sama seperti saya pasti akan menghadapi masalah yang sama setiap semester. Oleh itu, bekas air tersebut amat diperlukan. Hehe... 

Seterusnya rakan, rakan, bekas air kita yang telah diisi air perlu diletakkan di tempat yang diyakini selamat. Haaa.. masa air tak ada nanti, macam-macam hal boleh berlaku. Al maklumlah, bila dah terdesak, air pun orang boleh curi tau rakan-rakan. Jadi berhati-hatilah.

Akhir sekali rakan-rakan, elakkan untuk minum air dengan kerap atau makan makanan yang akan menyebabkan kita mudah mengalami sakit perut. Ya lah kawan-kawan, air dah tak ada, tak akan awak nak memerut pulak kan masa tu. Harap bertahan ya kawan-kawan. Hahahaha... 

Kepada sesiapa yang senasib dengan saya, pasti akan terkenang-kenang pengalaman sendiri. Saya berharap kita semua akan menjadi insan yang berhemah walaupun ketika krisis air seperti ini terjadi. Sekian sahaja, sehingga bertemu lagi. Bai ~~

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...