Skip to main content

BBM3410/18: Jom Sembang PASKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

PASKAL





Siapa yang dah tonton filem PASKAL ni??? Haaa.. kawan-kawan, filem ni filem Melayu yang berlatar belakangkan ketenteraan di negara kita tau. Kalau diikutkan, saya bukanlah jenis yang gemar menonton filem atau drama bertemakan ketenteraan. Tapi saya terpaksa menonton filem ini dek kerana ajakan rakan saya.


Suatu hari tu, saya mengajak rakan saya untuk pergi ke TheMines dengan tujuan nak makan Oden dan asikrim Matcha yang terkenal dekat Family Mart tu. Tiba-tiba, kawan saya ni ajak saya tengok cerita PASKAL. Saya pun bila dah kenangkan kabaikan kawan saya yang sanggup teman saya ke The Mines ni, saya pun setuju nak tonton filem PASKAL tu. 

Tapi saya memang tak menyesal tengok cerita PASKAL ni, sebab memang terbaik kawan-kawan. Saya bagi 9 daripada 10 dan 1 markah yang kurang tu adalah disebabkan saya rasa jalan ceritanya jika dikembangkan hubungan Tuan Arman yang memiliki keluarga, anak dan isteri pasti lebih meruntun hati. 

Teknik fotografi, kesan CGI memang terbaik. Semua pelakon mempunyai bakat dan sangat professional dalam menjalankan tugas mereka sebagai pasukan unit khas ini. Dengan kegigihan yang ditunjukkan, filem ini berjaya menyentuh hati saya dan menyedarkan saya betapa hebatnya pejuang-pejuang negara kita. Tidak kira sama ada mereka seorang polis, askar, bomba, doktor, kesemua mereka mengorbankan masa dan tenaga demi negara.

Baiklah, itu sahaja coretan untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi. Bai~

Comments

  1. mengenangkan kebaikan kwn kau tu ke atau kau pom mmg nk tgk jgkk😏😏😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula kenang je .. lama-lama jadi suka jugak .. heee

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...