Skip to main content

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum...

1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.
 Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video.


2. Berbeza dengan video one shot.
 Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut.

3. Menggunakan latar yang berbeza. 
Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah.

4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih.
Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik.

Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Jom Sembang PASKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  PASKAL Siapa yang dah tonton filem PASKAL ni??? Haaa.. kawan-kawan, filem ni filem Melayu yang berlatar belakangkan ketenteraan di negara kita tau. Kalau diikutkan, saya bukanlah jenis yang gemar menonton filem atau drama bertemakan ketenteraan. Tapi saya terpaksa menonton filem ini dek kerana ajakan rakan saya. Suatu hari tu, saya mengajak rakan saya untuk pergi ke TheMines dengan tujuan nak makan Oden dan asikrim Matcha yang terkenal dekat Family Mart tu. Tiba-tiba, kawan saya ni ajak saya tengok cerita PASKAL. Saya pun bila dah kenangkan kabaikan kawan saya yang sanggup teman saya ke The Mines ni, saya pun setuju nak tonton filem PASKAL tu.  Tapi saya memang tak menyesal tengok cerita PASKAL ni, sebab memang terbaik kawan-kawan. Saya bagi 9 daripada 10 dan 1 markah yang kurang tu adalah disebabkan saya rasa jalan ceritanya jika dikembangkan hubungan Tuan Arman yang memiliki keluarga, anak dan isteri pasti ...

BBM3410/18 : "Pujaan Hati Kanda"

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan.. Untuk cerita kali ni, saya nak kongsi tentang sebuah novel yang bagi saya amatlah istimewa. Novel ni bukan novel biasa-biasa tau. Satu je sebabnya, novel tu novel hasil tulisan kakanda saya. Dan.. dan... yang paling utama tuuu novel ni akan diadaptasi ke dalam drama pula. Bayangkan kawan-kawan, kakak saya gembira sangat. Bukan kejap-kejap yang tunggu semua tu. Saya sebagai adik pun turut terasa gembira tu .. Doa saya semoga drama tersebut berjaya dengan jayanyaa .. huhu .. Semoga kelak kakak saya juga akan menjadi seorang penulis yang berjaya menyebarkan bukan setakat cerita santai semata-mata tapi cerita yang mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan .. InsyaAllah .. amin ..  Jumpa lagi dalam cerita yang lain .. Bai~

BBM3410/18: Berjoget Sakan Demi 'ONE SHOT'

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Cantik tak gambar di atas? Hee.. tulah gambar kami dari Produksi 10 semasa sesi latihan untuk menghasilkan video 'one shot' yang diminta oleh Prof. Normaliza untuk tugasan minggu ke-7 yang akan dibentangkan pada minggu ke-8. Untuk hasilkan video ni, berjam-jam kami lakukan sesi latihan. Banyak kali kami ulang-ulang langkah yang sama untuk dapatkan hasil yang menarik. Bincang punya bincang, akhirnya dapatlah siapkan video ni. Memang penat tapi seronok juga. Huhu.. Itu sahajalah nak bercerita. Nanti kita jumpa lagi ya. Bai~