Skip to main content

BBM3410/18 : Minggu ke-3 (Pesta Makanan Tradisional Melayu)

Hai dan assalamualaikum rakan-rakan saya .. 







Bertemu lagi kita di dalam coretan untuk hari ini. Kali ini saya akan berkongsi kepada rakan-rakan semua mengenai pengalaman saya menghadiri Pesta Makanan Tradisional Melayu yang dianjurkan di Universiti Putra Malaysia. Paling menggembirakan apabila pesta tersebut diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu fakulti saya. Mari saya ceritakan keseronokan berada di pesta tersebut.

Bermula jam 8.00 pagi saya dan rakan-rakan berkumpul di dalam bangunan CALC untuk mengambil gambar bersama Professor kesayangan kami iaitu Prof Normaliza. Hehehe..

Pada jam 9.00 pagi pula kami menunggu kehadiran tetamu kehormat untuk majlis pembukaan pesta makanan tersebut. Selesai melihat persembahan dan perasmian, akhirnya kami menuju ke lokasi pesta tersebut dijalankan.

Apa yang menariknya, pesta tersebut dijalankan di hadapan rumah-rumah Melayu dan sambutan terhadap pesta ini amat memberangsangkan. Saya sendiri sebagai pelajar, berasa saya bangga melihat pelawat dan pelajar dari negara luar mencuba makanan tradisional kita. 

Harapan saya, pesta seperti ini harus diteruskan setiap tahun untuk mendedahkan keunikan makanan Melayu kepada dunia luar. Baiklah, sehingga bertemu di coretan yang lain. Bai rakan-rakan.


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalamualaikum... Papan cerita merupakan lakaran sesuatu yang akan dipersembahkan di dalam perisian multimedia. Papan cerita berbeza dengan cerita, kerana ianya bersifat ringkas dan tidak menunjukkan hasil yang lengkap.  1. Mengandungi lakaran cerita. Papan cerita memerlukan lakaran cerita yang akan dibentuk menggunakan lukisan, tulisan, mahu pun gambar yang sangat ringkas. 2. Disusun mengikut babak atau turutan. Perlu disusun mengikut turutan yang betul bagi memudahkan proses rakaman sebenar dijalankan. 3. Boleh dalam pelbagai bentuk. Papan cerita boleh dibuat menggunakan animasi atau tulisan tangan seperti tugsan E-Majalah. Tugasan e-majalah mengandungi 10 halaman dan tiap halaman mengandungi maklumat lakaran tentang sesebuah produk yang berbeza. Melalui papan cerita e-majalah, pembaca dapat mengetahui cerita tentang sesebuah produk secara ringkas dan teratur.  Sekian.