Skip to main content

BBM3410/18: Perubahan Kata Ganti Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hurmm... untuk kali ni aku nak membuat sedikit perubahan. Perubahan tu bukan apa pun, semata-mata nak rasa lebih selesa dan menganggap ini seperti catatan kau. Apa agaknya tu?

Kalau kamu-kamu yang pernah baca blog aku sebelum ni mesti akan faham. Maklumlah, sebelum ni setiap penulisan aku menggunakan bahasa formal dengan kata ganti diri 'saya'. Tapi kali ni aku nak nampak lebih selesa dan menggunakan 'aku.

Bila guna aku ni, rasa macam tengah berkomunikasi dengan kawan-kawan tau berbanding guna bahasa formal tu. Sengaja nak buat perubahan, nak merasa angin baru. Sejuk ke tidak. Hehehehe.

Jadinya, untuk cerita-cerita akan datang aku akan gunakan cara yang sama. Barulah rasa macam seronok sikit nak sembang-sembang kan. Huhu.. Baiklah kawan-kawan, untuk kali ni itu sahaja aku tak kongsi. Sehingga kita bertemu lagi nanti. Bai~

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Jom Sembang PASKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  PASKAL Siapa yang dah tonton filem PASKAL ni??? Haaa.. kawan-kawan, filem ni filem Melayu yang berlatar belakangkan ketenteraan di negara kita tau. Kalau diikutkan, saya bukanlah jenis yang gemar menonton filem atau drama bertemakan ketenteraan. Tapi saya terpaksa menonton filem ini dek kerana ajakan rakan saya. Suatu hari tu, saya mengajak rakan saya untuk pergi ke TheMines dengan tujuan nak makan Oden dan asikrim Matcha yang terkenal dekat Family Mart tu. Tiba-tiba, kawan saya ni ajak saya tengok cerita PASKAL. Saya pun bila dah kenangkan kabaikan kawan saya yang sanggup teman saya ke The Mines ni, saya pun setuju nak tonton filem PASKAL tu.  Tapi saya memang tak menyesal tengok cerita PASKAL ni, sebab memang terbaik kawan-kawan. Saya bagi 9 daripada 10 dan 1 markah yang kurang tu adalah disebabkan saya rasa jalan ceritanya jika dikembangkan hubungan Tuan Arman yang memiliki keluarga, anak dan isteri pasti ...