Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

BBM3410/18: Berjoget Sakan Demi 'ONE SHOT'

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Cantik tak gambar di atas? Hee.. tulah gambar kami dari Produksi 10 semasa sesi latihan untuk menghasilkan video 'one shot' yang diminta oleh Prof. Normaliza untuk tugasan minggu ke-7 yang akan dibentangkan pada minggu ke-8. Untuk hasilkan video ni, berjam-jam kami lakukan sesi latihan. Banyak kali kami ulang-ulang langkah yang sama untuk dapatkan hasil yang menarik. Bincang punya bincang, akhirnya dapatlah siapkan video ni. Memang penat tapi seronok juga. Huhu.. Itu sahajalah nak bercerita. Nanti kita jumpa lagi ya. Bai~

BBM3410/18: Majlis Konvokesyen UPM Ke-42 Bersama Senior

Assalamualaikum kawan-kawan... Hari ni hari ahad (28/10/2018). Majlis konvo Kak Jiha iaitu akak sebilik dengan aku selama 5 semester. Jadi, berpeluanglah aku untuk tahun ni pergi ke majlis konvo tu setelah tahun lepas tak pergi. Bukan sengaja tak nak pergi tapi sebab tak ada siapa nak dirai. Tahun pertama aku di UPM memang pergi sebab meraikan akak sebilik yang dulu tu Kak Ana. 2016 masa tu dan tulah kali pertama tengok pelajar UPM konvo. Memang best sebab kami siap buat pra-konvo bergambar dekat ladang 16 tu yang ada pokok lagenda tuuu... Kali ni 2018 pulak dengan Kak Jiha.  Tapi punyalah gigih aku dengan Mimi (rakan sebilik) pergi nak jumpa Kak Jiha ni sampai berpeluh-peluh kami berjalan kaki. Mana taknya, pagar tutup dan kami pun terpaksa jalan dari pagar padang kawat tu ke Dewan Besar dan tiba-tiba Kak Jiha telefon. Rupa-rupanya dia dah pergi ke DKAP untuk pulangkan jubah. Kelam-kabut kami jalan. Dahlah masa kat dewan tu kami lalu atas rumput yang becak disebabkan hujan te

BBM3410/18: Menceburi Dunia Twitter

Assalamualaikum semua... Jadinya harini dapatlah kita jumpa lagi di blog aku ni. Harap-harap sihatlah semua ya.. Okay lah hari ni aku nak bercerita tentang Twitter ! Kenapa Twitter? Kenapa tak Instagram ke, Facebook ke, You Tube ke, Telegram ke? Eh... banyak pulak tanya ek? Hahaha.. Tak adalah, cuma ada satu je sebab kenapa aku nak cerita tentang Twitter. Sebabnya, ini merupakan salah satu tugasan aku untuk subjek Prof Normaliza. Haaa... tak buat tak boleh skor A tau .. Huhu.. Inilah pertama kali dalam hidup aku guna benda alah ni. Nak buat akaun Twitter senang je, tak susah mana pun. Siap je buat akaun, mula lah sesi follow akaun-akaun kawan-kawan yang lain. Akaun ni dibuka bukan untuk ikut orang je tau, tapi wajib juga untuk kami muat naik status setiap minggu. Maka, bermulah zaman aku dan Twitter dengan patah-patah perkataan yang akan terapung di dalam media sosial tu. Tak banyak yang aku tulis sebab baru nak mengenal kan. Tapi Alhamdulillah mudah lah nak faham aplikasi ni.

BBM3410/18: Dialah Pensyarah Dialah Penyelia

Assalamualaikum semua..      Bersama Prof. Normaliza selaku penyelia PITA.                                                                       Rakan-rakan seperjuangan Kalau korang baca tajuk, agak-agak boleh ke teka apa-apa yang dimaksudkan dengan tajuk tu?.. Hahaha... janganlah teka, nanti bukan-bukan pulak yang korang fikirkan. Sebenarnya kali ni aku nak cerita tentang PITA. Maklumlah, tahun akhir kan. Siapa je yang tak BERPITA. Hahaha... Untuk aku pula, aku berPITA bawah Prof. Normaliza. Hebat tak hebat? Hee.. untuk sekarang ni, aku dan rakan-rakan yang sama ahli dah wajib siapkan 100% untuk semakan kali pertama Prof yang akan diemailkan kepada Prof 7 November 2018 nanti. Debar tak debar? Cuti pertengahan semester memanglah untuk berpulun habis-habisan. Naik je cuti nanti dah kena email. Harap-harap semua berjalan lancar dan diterima dengan baik. Okaylah, itu sahaja nak cerita ni, lain kali kita cerita lagi okay. Bai~

BBM3410/18: Perubahan Kata Ganti Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hurmm... untuk kali ni aku nak membuat sedikit perubahan. Perubahan tu bukan apa pun, semata-mata nak rasa lebih selesa dan menganggap ini seperti catatan kau. Apa agaknya tu? Kalau kamu-kamu yang pernah baca blog aku sebelum ni mesti akan faham. Maklumlah, sebelum ni setiap penulisan aku menggunakan bahasa formal dengan kata ganti diri 'saya'. Tapi kali ni aku nak nampak lebih selesa dan menggunakan 'aku. Bila guna aku ni, rasa macam tengah berkomunikasi dengan kawan-kawan tau berbanding guna bahasa formal tu. Sengaja nak buat perubahan, nak merasa angin baru. Sejuk ke tidak. Hehehehe. Jadinya, untuk cerita-cerita akan datang aku akan gunakan cara yang sama. Barulah rasa macam seronok sikit nak sembang-sembang kan. Huhu.. Baiklah kawan-kawan, untuk kali ni itu sahaja aku tak kongsi. Sehingga kita bertemu lagi nanti. Bai~

BBM3410/18: Mengenali One Shot

Assalamualaikum rakan-rakan... Lama tak tambah cerita baru, jadinya hari ni aku nak kongsi sikit tentang kisah aku belajar mengenai video one shot. Aku boleh jamin semua orang pernah tengok video one shot. Sama ada dia sedar atau tak sahaja. Sebab apa? sebab benda ni ilmu. Kita cuma akan tahu bila kita belajar saja. Okaylah tak nak cakap panjang-panjang, jum ak cerita apa itu video one shot. Baiklahm video ni merupakan tugasan video pertama kami untuk kursus ni. Jadinya Prof. minta kami buat mimik muka, tarian, lakonan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sebuah lagu yang kami sendiri pilih. Lagu tu mestilah lagu Melayu.  Kumpulan aku 'Produksi 10' pilih lagu daripada Ayda Jebat-Nakal, Nakal, Nakal. Lagu ni memang rancak. Tarian memang sesuai. Oleh tu, kami pun pilih tarian untuk lagu ni. Untuk video one shot pula, sebenarnya bermaksud kamera yang digunakan haruslah kekal di tempat yang sama daripada mula lagu hinggalah habis. Para penyanyi atau pelakon ya

BBM3410/18 : "Pujaan Hati Kanda"

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan.. Untuk cerita kali ni, saya nak kongsi tentang sebuah novel yang bagi saya amatlah istimewa. Novel ni bukan novel biasa-biasa tau. Satu je sebabnya, novel tu novel hasil tulisan kakanda saya. Dan.. dan... yang paling utama tuuu novel ni akan diadaptasi ke dalam drama pula. Bayangkan kawan-kawan, kakak saya gembira sangat. Bukan kejap-kejap yang tunggu semua tu. Saya sebagai adik pun turut terasa gembira tu .. Doa saya semoga drama tersebut berjaya dengan jayanyaa .. huhu .. Semoga kelak kakak saya juga akan menjadi seorang penulis yang berjaya menyebarkan bukan setakat cerita santai semata-mata tapi cerita yang mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan .. InsyaAllah .. amin ..  Jumpa lagi dalam cerita yang lain .. Bai~

BBM3410/18 : Uniknya simpulan Bahasa Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Bertemu lagi kita untuk pengisian kali ini. Kawan-kawan bila baca tajuk saya tu, apa yang anda bayangkan?? Mesti tentang bahasa Melayu kita yang penuh dengan bahasa-bahasa yang unik dan indah kan... Saya pun suka simpulan bahasa.. cumanya kawan-kawan, sejauh manakah kita mengetahui makna kepada simpulan bahasa kita ini?? Untuk tugasan minggu ke-6 kami, Prof meminta kami memilih 10 simpulan bahasa dan mengambil gambar yang menggambarkan simpulan bahasa tersebut. Kumpulan saya produksi 10 memilih 10 simpulan bahasa, antaranya ialah: 1. kutu embun 2. buruk perut 3. alas perut 4. makan suap 5. kaki borak 6. rambang mata 7. kera sumbang 8. berat tulang 9. Halwa telinga 10. patah hati Itulah antara tugasan saya untuk minggu ke-6 ... Di sambil belajar kami juga bergembira sepanjang proses pengambilan gambar-gambar tersebut.. Baiklah, itu sahajalah pengisian saya kali ini. Semoga ber

BBM3410/18 : Roommate Busuk?

Assalamualaikum semua... Busukkah dia??? Berkesempatan lagi kita untuk lepak-lepak dekat blog saya kan? Alhamdulillah.. Tapi.... Jangan fikir bukan-bukan dulu awak semua.. Cerita kali ni tak ada kaitan dengan umpatan, kejian, makian atau fitnah. Tajuk je macam tu, isi dia InsyaAllah ke syurga kita.. Hehhe.. Nak cerita sikit pasal roommate ni.. Siapa je yang tak pernah ada rommate kan? Mesti semua pernah merasa walaupun roommate tu adik-beradik sendiri je. Macam biasalah kan, bila ada roommate ni kenalah kita belajar erti tolak-ansur. Bertoleransi tu perkara pertama yang kita perlu lekatkan kan hati tau! Memang susah nak jadi baik atau tolak-ansur semua perkara, tapi mencubalah sebelum berkata tidak.  Berkenaan tajuk isi ni pula, urmm...tetap tentang roommate sendiri. Bukan nak cerita aib dia tapi nak cerita tentang fahaman saya sendiri. Persoalannya "BUSUKKAH DIA?" ... Busuk ni kawan-kawan, boleh jadi untuk sampah, makanan dan juga HATI.  Setiap daripa

BBM3410/18: Jom Sembang PASKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  PASKAL Siapa yang dah tonton filem PASKAL ni??? Haaa.. kawan-kawan, filem ni filem Melayu yang berlatar belakangkan ketenteraan di negara kita tau. Kalau diikutkan, saya bukanlah jenis yang gemar menonton filem atau drama bertemakan ketenteraan. Tapi saya terpaksa menonton filem ini dek kerana ajakan rakan saya. Suatu hari tu, saya mengajak rakan saya untuk pergi ke TheMines dengan tujuan nak makan Oden dan asikrim Matcha yang terkenal dekat Family Mart tu. Tiba-tiba, kawan saya ni ajak saya tengok cerita PASKAL. Saya pun bila dah kenangkan kabaikan kawan saya yang sanggup teman saya ke The Mines ni, saya pun setuju nak tonton filem PASKAL tu.  Tapi saya memang tak menyesal tengok cerita PASKAL ni, sebab memang terbaik kawan-kawan. Saya bagi 9 daripada 10 dan 1 markah yang kurang tu adalah disebabkan saya rasa jalan ceritanya jika dikembangkan hubungan Tuan Arman yang memiliki keluarga, anak dan isteri pasti lebih mer

BBM3410/18 : Cara Menghadapi Ketiadaan Air di Kolej Kediaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Air tak ada ke??? Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam coretan kali ini. Apa yang menarik kawan-kawan, saya nak berkongsi mengenai cara-cara yang perlu dilakukan untuk menghadapi masalah ketiadaan air di kolej kediaman. Coretan ini mungkin boleh diguna pakai untuk pelajar baharu yang masih belum pernah merasai pengalaman ketiadaan air di kolej-kolej kediaman. Baiklah, mari kita intai apakah langkah yang perlu diambil. Mula-mula rakan-rakan, kita pasti akan diberikan notis tentang gangguan air yang akan berlaku. Jadinya kawan-kawan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan sama ada berita tersebut benar atau pun palsu. Apabila perkara tersebut sahih, barulah kawan-kawan atau adik-adik boleh bersedia untuk membeli baldi atau bekas air yang mampu menampung air yang banyak. Haaa, jangan anggap membeli bekas air tersebut merugikan. Bukan apa rakan-rakan, siapa-siapa yang tinggal di kolej kediaman yang sama seper

BBM3410/18 : Seronoknya Belajar Flat Lay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hai kawan-kawan..  " Flat Lay " Flatlay ????  Apa tu????? Haaa... mari saya ceritakan tentangnya.  Tugasan minggu ke-5 saya adalah berkaitan dengan proses flatlay. Flatlay ni kawan-kawan merupakan salah satu teknik fotografi yang sangat cantik hasilnya. Gambar-gambar yang diambil adalah melalui beberapa objek yang ditata di atas permukaan dengan gaya dan tema tertentu. Tugasan yang diberikan kepada kami mengkehendaki kami untuk mencari lima tema bagi setiap flatlay . Selain itu, kami diperlukan untuk mendapatkan empat jenis flatlay iaitu: 1. FlatLay 2. Half-FlatLay 3. Quater-FlatLay 4. Zero-FlatLay Gambar-gambar kat atas ni cuma suku yang kami ambil.. banyak lagi gambar-gmabar lain. Tapi ini saya masukkan untuk menunjukkan kepada kawan-kawan semua apa yang membezakan setiap jenis flatlay ni. Proses yang terjadi semasa gambar-gambar ini diambil memberikan pengalaman baru kepada saya dan

BBM3410/18 : Minggu ke-4 (e-mail oh e-mail)

Hai...hai..hai... Assalamualaikum semua... Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam coretan ini. Kali ini saya ingin bercerita tentang apa yang telah saya lakukan untuk kursus Multimedia dalam bahasa bagi minggu ke-4. Bagi minggu ini, Prof Normaliza memuat naik tugasan individu di dalam PurtraBlast. Tugasan tersebut mengkehendaki kami menghantar e-mail kepada Prof Normaliza mengenai pendapat kami terhadap media sosial di dalam buku Boom with Special Media.  Kami perlu menghantar e-mail pada jam 2-3 petang sahaja dan alhamdulillah saya berjaya menghantar pada jam 2.09 petang. Bagaimanapun, e-mail saya masuk ke dalam BoxBe dan memaparkan bahawa e-mail saya berada di dalam ruangan menunggu. Saya sendiri tidak pasti bahawa Prof akan berhasil menerima e-mail saya atau tidak. Saya berharap e-mail saya selamat sampai di tangan Prof. Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Sehingga bertemu lagi. Bai rakan-rakan semua. 

BBM3410/18 : Fotografi Minggu ke-3

Hai dan assalamualaikum rakan-rakan.. Bertemu lagi kita untuk kisah saya pada kali ini. Kawan-kawan, untuk kali ini, saya akan bercerita tentang pengalaman saya belajar mengenai Fotografi. Prorf Normaliza telah memperkenalkan kepada kami mengenai 6 jenis fotografi iaitu : 1. Mug Shot 2. Medium Shot 3. Long Shot 4. Over The Shoulder 5. Potrait 6. Bird Eyes View Pengalaman belajar benda baharu menjadikan kami yang bekerja di dalam kumpulan berhasil menghasilkan gambar yang cantik. Walaupun saya yakin bahawa gambar yang diambil oleh kami tidaklah begitu cantik, sekurang-kurangnya kami masih mencuba.  Alhamdulillah tugasan fotografi ini berjaya kami muat naik di dalam instagram dan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.  Terima kasih kerana mendedahkan kami dengan ilmu baharu Prof Normaliza. Sehingga jumpa lagi di coretan yang seterusnya. 

BBM3410/18 : Minggu ke-3 (Pesta Makanan Tradisional Melayu)

Hai dan assalamualaikum rakan-rakan saya ..  Bertemu lagi kita di dalam coretan untuk hari ini. Kali ini saya akan berkongsi kepada rakan-rakan semua mengenai pengalaman saya menghadiri Pesta Makanan Tradisional Melayu yang dianjurkan di Universiti Putra Malaysia. Paling menggembirakan apabila pesta tersebut diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu fakulti saya. Mari saya ceritakan keseronokan berada di pesta tersebut. Bermula jam 8.00 pagi saya dan rakan-rakan berkumpul di dalam bangunan CALC untuk mengambil gambar bersama Professor kesayangan kami iaitu Prof Normaliza. Hehehe.. Pada jam 9.00 pagi pula kami menunggu kehadiran tetamu kehormat untuk majlis pembukaan pesta makanan tersebut. Selesai melihat persembahan dan perasmian, akhirnya kami menuju ke lokasi pesta tersebut dijalankan. Apa yang menariknya, pesta tersebut dijalankan di hadapan rumah-rumah Melayu dan sambutan terhadap pesta ini amat memberangsangkan. Saya sendiri sebaga