Skip to main content

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalamualaikum...

Papan cerita merupakan lakaran sesuatu yang akan dipersembahkan di dalam perisian multimedia. Papan cerita berbeza dengan cerita, kerana ianya bersifat ringkas dan tidak menunjukkan hasil yang lengkap. 

1. Mengandungi lakaran cerita.
Papan cerita memerlukan lakaran cerita yang akan dibentuk menggunakan lukisan, tulisan, mahu pun gambar yang sangat ringkas.

2. Disusun mengikut babak atau turutan.
Perlu disusun mengikut turutan yang betul bagi memudahkan proses rakaman sebenar dijalankan.

3. Boleh dalam pelbagai bentuk.
Papan cerita boleh dibuat menggunakan animasi atau tulisan tangan seperti tugsan E-Majalah.

Tugasan e-majalah mengandungi 10 halaman dan tiap halaman mengandungi maklumat lakaran tentang sesebuah produk yang berbeza. Melalui papan cerita e-majalah, pembaca dapat mengetahui cerita tentang sesebuah produk secara ringkas dan teratur. 

Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Aku Akhirnya Dah Sebaya Dengan Kawan Sekelas

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kawan-kawan..  Ceria kan muka aku? Mestilah sebab siapa je tak suka kan bila ada kawan-kawan yang sebaik mereka ni. 9 November 2018, akhirnya aku pun secara rasmi telah memasuki usia 23 tahun dan sebaya dengan rakan-rakan sekelasku yang lain. Untuk tahun ni, sambutannya memang paling terbaik yang aku dapat. Tapi macam-macam pula yang jadi. Hahaha.. Mula-mula, pada hari jumaat tu tiba-tiba ada pensyarah umumkan ada kelas ganti jam 3 hingga 5 petang. Haaa... nak tak nak terpaksa lah pergi kelas kan. Kalau tak pergi nanti tak faham pula nak buat tugasan 3 yang diberi. Aku pun bergerak ke kelas menaiki motorsikal kepunyaan aku. Nudra seorang je yang ikut aku ke kelas. Kawan-kawan yang satu kumpulan dengan aku masing-masing buat alasan tak nak pergi. Aku pun biarkan saja mereka.  Sampai je dekat kelas aku jam 3 petang, tiba-tiba kakak aku telefon. Tak pernah-pernah nak telefon aku tiba-tiba je kan. Gelabah lah j...

BBM3410/18 : "Pujaan Hati Kanda"

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan.. Untuk cerita kali ni, saya nak kongsi tentang sebuah novel yang bagi saya amatlah istimewa. Novel ni bukan novel biasa-biasa tau. Satu je sebabnya, novel tu novel hasil tulisan kakanda saya. Dan.. dan... yang paling utama tuuu novel ni akan diadaptasi ke dalam drama pula. Bayangkan kawan-kawan, kakak saya gembira sangat. Bukan kejap-kejap yang tunggu semua tu. Saya sebagai adik pun turut terasa gembira tu .. Doa saya semoga drama tersebut berjaya dengan jayanyaa .. huhu .. Semoga kelak kakak saya juga akan menjadi seorang penulis yang berjaya menyebarkan bukan setakat cerita santai semata-mata tapi cerita yang mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan .. InsyaAllah .. amin ..  Jumpa lagi dalam cerita yang lain .. Bai~

BBM3410/18: Jom Sembang PASKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  PASKAL Siapa yang dah tonton filem PASKAL ni??? Haaa.. kawan-kawan, filem ni filem Melayu yang berlatar belakangkan ketenteraan di negara kita tau. Kalau diikutkan, saya bukanlah jenis yang gemar menonton filem atau drama bertemakan ketenteraan. Tapi saya terpaksa menonton filem ini dek kerana ajakan rakan saya. Suatu hari tu, saya mengajak rakan saya untuk pergi ke TheMines dengan tujuan nak makan Oden dan asikrim Matcha yang terkenal dekat Family Mart tu. Tiba-tiba, kawan saya ni ajak saya tengok cerita PASKAL. Saya pun bila dah kenangkan kabaikan kawan saya yang sanggup teman saya ke The Mines ni, saya pun setuju nak tonton filem PASKAL tu.  Tapi saya memang tak menyesal tengok cerita PASKAL ni, sebab memang terbaik kawan-kawan. Saya bagi 9 daripada 10 dan 1 markah yang kurang tu adalah disebabkan saya rasa jalan ceritanya jika dikembangkan hubungan Tuan Arman yang memiliki keluarga, anak dan isteri pasti ...