Skip to main content

BBM3410/18: Majlis Konvokesyen UPM Ke-42 Bersama Senior

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hari ni hari ahad (28/10/2018). Majlis konvo Kak Jiha iaitu akak sebilik dengan aku selama 5 semester. Jadi, berpeluanglah aku untuk tahun ni pergi ke majlis konvo tu setelah tahun lepas tak pergi. Bukan sengaja tak nak pergi tapi sebab tak ada siapa nak dirai. Tahun pertama aku di UPM memang pergi sebab meraikan akak sebilik yang dulu tu Kak Ana. 2016 masa tu dan tulah kali pertama tengok pelajar UPM konvo. Memang best sebab kami siap buat pra-konvo bergambar dekat ladang 16 tu yang ada pokok lagenda tuuu...

Kali ni 2018 pulak dengan Kak Jiha.  Tapi punyalah gigih aku dengan Mimi (rakan sebilik) pergi nak jumpa Kak Jiha ni sampai berpeluh-peluh kami berjalan kaki. Mana taknya, pagar tutup dan kami pun terpaksa jalan dari pagar padang kawat tu ke Dewan Besar dan tiba-tiba Kak Jiha telefon. Rupa-rupanya dia dah pergi ke DKAP untuk pulangkan jubah. Kelam-kabut kami jalan. Dahlah masa kat dewan tu kami lalu atas rumput yang becak disebabkan hujan tengah hari tu. Hurmm... apa lagi coklatlah jadinya kasut kami. Tapi tak apa, demi Kak Jiha kami redah je. Huhu. Berbekalkan jambangan bunga di tangan, gigihlah kami berjalan ke DKAP dengan pantasnya. 

Akhirnya, dapat juga jumpa Kak Jiha walaupun dia dah buka jubah. Dia pakai balik sebab nak ambil gambar. Bersiap punyalah lama, tambah-tambah Si Mimi sebab dia lah kami lambat jumpa Kak Jiha. Hahha.. Mimi kalau Mi baca ni, maaf ye. Hehhe..Jumpa 5 minit je. Ambillah beberapa keping gambar berlatar belakangkan DKAP. Hahah.. jadilah ya tak, daripada tak ada. Sedih nak balik tadi, yelah mana tahu bila lagi berpeluang nak jumpa kan. Semoga semua baik-baik ja. Kepada akak Jiha, tahniah dan semoga berjaya di luar sana. 






Sehingga berjumpa lagi. Bai~

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...