Skip to main content

BBM3410/18: Mengenali One Shot

Assalamualaikum rakan-rakan...

Lama tak tambah cerita baru, jadinya hari ni aku nak kongsi sikit tentang kisah aku belajar mengenai video one shot. Aku boleh jamin semua orang pernah tengok video one shot. Sama ada dia sedar atau tak sahaja. Sebab apa? sebab benda ni ilmu. Kita cuma akan tahu bila kita belajar saja. Okaylah tak nak cakap panjang-panjang, jum ak cerita apa itu video one shot.

Baiklahm video ni merupakan tugasan video pertama kami untuk kursus ni. Jadinya Prof. minta kami buat mimik muka, tarian, lakonan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sebuah lagu yang kami sendiri pilih. Lagu tu mestilah lagu Melayu. 


Kumpulan aku 'Produksi 10' pilih lagu daripada Ayda Jebat-Nakal, Nakal, Nakal. Lagu ni memang rancak. Tarian memang sesuai. Oleh tu, kami pun pilih tarian untuk lagu ni. Untuk video one shot pula, sebenarnya bermaksud kamera yang digunakan haruslah kekal di tempat yang sama daripada mula lagu hinggalah habis. Para penyanyi atau pelakon yang akan bertukar ganti di dalam video ini. 





Berlatih punya berlatih akhirnya jadi juga. Kumpulan kami memilih busana hitam untuk keseragaman. yelah kan, nak menari mestilah nak nampak sama. Memang sangat menyeronokkan! Walaupun malu sebab buat kat luar, tapi memang seronok. 

Jadi itu sahajalah nak dikongsikan. Kita jumpa di lain hari pula. Bai ~

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...