Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamualaikum... 1. Diambil menggunakan sebuah kamera. Video jenis ini hanya mempunyai satu sudut sahaja kerana kamera yang digunakan adalah sebuah sahaja dan diletakkan di sebuah tempat tanpa menggerakkannya. 2. Perlu merakam situasi daripada awal sehingga habis.  Video tidak boleh dimatikan selagi lakonan tidak dihabiskan. Jurukamera juga tidak boleh melakukan jeda atau mengambil shot baru. 3. Memerlukan objek yang masuk ke dalam lingkungan kamera.  Kamera tidak bergerak dan hanya duduk di satu tempat sahaja.  4. Untuk mendapatkan video yang menarik, penggunaan peralatan yang berkaitan dengan lagu harus dipilih dengan baik. Kamera yang statik akan menyebabkan latar belakang video bersifat statik.  5. Video one shot dibahagikan kepada video one shot one layer, video one shot two layer dan video one shot three layer. Layer satu cuma ada satu objek sahaja bergerak. Layer dua ada dua objek di bahagian berbeza bergerak. Layer tiga ada tiga objek di tiga bahagian be

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalamualaikum... Papan cerita merupakan lakaran sesuatu yang akan dipersembahkan di dalam perisian multimedia. Papan cerita berbeza dengan cerita, kerana ianya bersifat ringkas dan tidak menunjukkan hasil yang lengkap.  1. Mengandungi lakaran cerita. Papan cerita memerlukan lakaran cerita yang akan dibentuk menggunakan lukisan, tulisan, mahu pun gambar yang sangat ringkas. 2. Disusun mengikut babak atau turutan. Perlu disusun mengikut turutan yang betul bagi memudahkan proses rakaman sebenar dijalankan. 3. Boleh dalam pelbagai bentuk. Papan cerita boleh dibuat menggunakan animasi atau tulisan tangan seperti tugsan E-Majalah. Tugasan e-majalah mengandungi 10 halaman dan tiap halaman mengandungi maklumat lakaran tentang sesebuah produk yang berbeza. Melalui papan cerita e-majalah, pembaca dapat mengetahui cerita tentang sesebuah produk secara ringkas dan teratur.  Sekian. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. 5. Teks