Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

BBM3410/18: Kelas Amali Atas Talian Gaya Prof. Normaliza

Assalamualaikum kawan-kawan.. Hari ini bersamaan dengan khamis (15/11/2018), kami tiada kelas amali tetapi diganti atas talian. Jadinya Prof, kami ni memang jenis yang suka bagi kejutan. Bila cakap ada kelas atas talian je, semua kena amik perhatian. Dekat mana pun kita berada, mesti kena selalu peka dan pastikan telefon ada internet. Hahaha..  Untuk hari ni pula, kami perlu memuat naik video berdurasi 3 minit yang memaparkan kami membuat atau menggunakan adobe photoshop. Makanya, di bawah inilah hasilnya.  Itulah hasilnya. InshaAllah semoga membantu ya.  Sekian sahaja daripada saya, sehingga kita bertemu lagi di lain cerita pula. Bai~

BBM3410/18: Kalendar 2019 Yang Terlajak Cantik

Assalamualaikum kawan-kawan kesayangan hamba.. Teruja ni sebab nak cerita tentang kalendar yang memang terlajak cantik dan meletop lah. Kalendar ni adalah kalendar 2019 tau. Bukan 2018 ke 2020 ke 2020 pun lagilah bukan. Semenjak ambil subjek Multimedia ni, macam-macam kemahiran teknologi yang kami belajar dan aku memang suka bab-bab ni. Cantik tak cantik hasilnya adalah belakang cerita. Sebab semua tu boleh diperbaiki dan yang terpenting adalah minat dan usaha untuk menghasilkannya.  Aku dah diminta untuk menyiapkan kalendar hingga ke bulan Ogos untuk Minggu ke-8 kuliah ni. Masa cuti pertengahan semester pun jangan haraplah nak duduk goyang kaki depan tv kan kat rumah tu. Sah-sah kena hadap komputer riba buat kalendar. Tapi tak apa, sebab aku suka je belajar teknologi ni.  Aplikasi yang digunakan untuk membuat kalendar ini ialah Adobe Photoshop. Mula-mula buat benda ni memang tak tahu apa, rasa tak faham dan susahnya Ya Allah.... Tapi bila kita dah rajin tekan semua buta

BBM3410/18: Apa Maksud Twitter?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawanku semua... Haaaaa...... besar tak besar gambar burung tu. Kalau nak tahu, tulah lambang rasmi media sosial  Twitter. Twitter ni ditubuhkan pada tahun 2006 yang berpangkalan di San Francisco, California, USA. Perancang utamanya ialah Jack Dorsey, Evan Williams dan juga Biz Stone. Apa yang menarik dengan media sosial ini adalah kerana ianya mudah digunakan, bersifat ringkas dengan penetapan had aksara sekitar 140 aksara sahaja. Tujuan pembatasan aksara ini adalah untuk menjadikan media sosial ini ringkas dan memudahkan pengikutnya membaca catatan pemilik akaun berkenaan. Rujukan daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Twitter   Oleh kerana tugasan untuk kelas Multimedia ini memerlukan kami membuka akaun Twitter . Akhirnya aku dah sedikit mahir menggunakannya. Dekat bawah ni aku nak kongsi beberapa bukti kemahiran aku menggunakan Twitter.  Punyalah hebat kan, banyak jugaklah bukti aku dan hebat. Jum tengok satu persatu.

BBM3410/18: Dah Ada 'One Shot Two Layer' Pula

Assalamualaikum rakan-rakan semua dan juga Prof Normaliza. Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke-9 kuliah bagi semester pertama sesi 2018/2019. Kelas pertama jam 10 pagi Isnin yang lalu, setiap kumpulan dikehendaki menayangkan video one shot hasil kumpulan masing-masing. Masa tu, macam-macam rasa keluar. Gemuruh untuk laksanakan pembentangan macam kuliah lain tak sangat. Tapi rasa malu tu meluap-luap. Manakan tidak, itulah kali pertama kami perlu menayangkan video yang menunjukkan kami menari sakan.  Seronok sangat tengok gelagat kawan-kawan kelas. Macam-macam gaya ada tau. Yang duduk sajalah. Yang melebih-lebih lenggoknya. Yang kaku je walaupun menari. Lucu-lucu semua. Tapi itulah usaha kami, masing-masing usaha untuk hasilkan video terbaik memandangkan ini kali pertama kami kena hasilkan video macam ni. Selesai semua kumpulan buat pembentangan, akhirnya Prof. menerangkan mengenai video kedua iaitu video one shot two layer. Tugasan yang kedua ni agak sama dengan v

BBM3410/18: Aku Akhirnya Dah Sebaya Dengan Kawan Sekelas

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kawan-kawan..  Ceria kan muka aku? Mestilah sebab siapa je tak suka kan bila ada kawan-kawan yang sebaik mereka ni. 9 November 2018, akhirnya aku pun secara rasmi telah memasuki usia 23 tahun dan sebaya dengan rakan-rakan sekelasku yang lain. Untuk tahun ni, sambutannya memang paling terbaik yang aku dapat. Tapi macam-macam pula yang jadi. Hahaha.. Mula-mula, pada hari jumaat tu tiba-tiba ada pensyarah umumkan ada kelas ganti jam 3 hingga 5 petang. Haaa... nak tak nak terpaksa lah pergi kelas kan. Kalau tak pergi nanti tak faham pula nak buat tugasan 3 yang diberi. Aku pun bergerak ke kelas menaiki motorsikal kepunyaan aku. Nudra seorang je yang ikut aku ke kelas. Kawan-kawan yang satu kumpulan dengan aku masing-masing buat alasan tak nak pergi. Aku pun biarkan saja mereka.  Sampai je dekat kelas aku jam 3 petang, tiba-tiba kakak aku telefon. Tak pernah-pernah nak telefon aku tiba-tiba je kan. Gelabah lah jugak inga

BBM3410/18: Cerita Tentang Prof. Dr. Normaliza

Assalamualaikum kawan-kawan ... Aku nak sembang sikit tentang Professor aku yang super letop ni. Okay, untuk satu hari tu, Prof. Normaliza masuk tv lagi tau. Siaran Al-Hijrah dan paling best Prof muncul sebagai Pensyarah UPM yang membicarakan topik mengenai Martabat Bahasa Melayu. Siaran langsung yang aku tonton sekitar jam 8.30 pagi hari Isnin tu banyak memberikan kesedaran mengenai pentingkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat. Tepat yang dimaksudkan di dalam perbincangan pada hari itu dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dari segi struktur ayatnya. Ianya harus dimulakan oleh ibu bapa di rumah dan peringkat-peringkat sekolah. Diri sendiri merupakan individu yang harus melaksanakan usaha ini agar bahasa Melayu kita dapat dimartabatkan ke tahap yang selayaknya. Bangga sangat tengok Prof. yang selalu mengajar dalam kelas sekarang duduk dalam TV. Hehhe.. Tahniah Prof.  Penglibatan kaum-kaum lain di Malaysia juga penting dalam usaha memartab

BBM3410/18: SUNGAI MANIK KampungKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Baca tajuk tu mesti agak kan aku nak cerita tentang kampung sendiri. Hurm.. memang nak cerita pun tentang kampung aku. Kampung aku ni letaknya di Perak. Tepatnya dekat Sungai Manik Teluk Intan Perak.  Kalau sebut Teluk Intan, mesti ingat Menara Condong. Ya, menara yang senget sebijik macam menara condong Pisa tu. Hahahha... terkenal kan kampung aku ni? Nak bangga sekejap. Yang ini Menara Condong Teluk Intan Yang ini pula menara Pisa. Hampir sama kan? Selain daripada tu, dekat kampung aku ni sama ja macam kampung-kampung orang lain. Ada sawah padi yang terbentang luas dan saujana mata memandang. Ayah aku pun salah seorang petani. Jadinya aku dengan sawah padi ni dah kira kawan baik dah. Nak masuk dalam sawah main  lumpur tu memang dah biasa sangat. Kalau orang selalu cakap takut lintas dengan pacat, aku mungkin dah biasa dengan semua tu. Aku boleh je hadap benda-benda tu. Ni orang kampung aku panggil dia Pelam