Skip to main content

BBM3410/18 : Roommate Busuk?

Assalamualaikum semua...

Busukkah dia???

Berkesempatan lagi kita untuk lepak-lepak dekat blog saya kan? Alhamdulillah.. Tapi.... Jangan fikir bukan-bukan dulu awak semua.. Cerita kali ni tak ada kaitan dengan umpatan, kejian, makian atau fitnah. Tajuk je macam tu, isi dia InsyaAllah ke syurga kita.. Hehhe..

Nak cerita sikit pasal roommate ni.. Siapa je yang tak pernah ada rommate kan? Mesti semua pernah merasa walaupun roommate tu adik-beradik sendiri je. Macam biasalah kan, bila ada roommate ni kenalah kita belajar erti tolak-ansur. Bertoleransi tu perkara pertama yang kita perlu lekatkan kan hati tau! Memang susah nak jadi baik atau tolak-ansur semua perkara, tapi mencubalah sebelum berkata tidak. 

Berkenaan tajuk isi ni pula, urmm...tetap tentang roommate sendiri. Bukan nak cerita aib dia tapi nak cerita tentang fahaman saya sendiri. Persoalannya "BUSUKKAH DIA?" ... Busuk ni kawan-kawan, boleh jadi untuk sampah, makanan dan juga HATI. 

Setiap daripada kita sentiasa ada perangai baik dan buruk kan. Kadang-kadang orang tu buat biasa je, tapi bila hati dah benci dan-dan semua benda jadi salah. Semua benda jadi salah kat mata kita. Mulalah kita kutuk dia tu tak ada tolak-ansur lah, pentingkan diri dia je, semua benda dia je betul. 

Betul ke semua tu kawan-kawan?

Saya sendiri banyak berfikiran busuk macam tu. Tapi suatu hari tu saya tersedar sesuatu. Betulkah selama ni hanya dia yang salah, saya pulak betul memanjang. Fikir-fikir balik, muhasabah diri sendiri. Dan akhirnya bila kita buka ruang untuk terima kesalahan orang. Rendahkan demand kita, barulah kita akan nampak bahagian mana BUSUK tu. 

Nak cakapnya kat sini, kalau kita rasa dia salah jangan selamanya ikutkan rasa tu. Makin kita iyakan semua tu makin kita tersesat dalam pemikiran jahat tu. Itu hanya hasutan Iblis Laknatullah yang sentiasa nak jauhkan kita dan pecah-belahkan umat Islam. Nampak remeh kan? Tapi cuba anda fikirkan semula. Remeh tak remeh semua bergantung pada kebijaksanaan kita dalam mengukur kebaikan. Dan yang paling utama adalah SABAR. 

Baiklah. Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Berjumpa lagi untuk pengisian yang lainnya. Bai~


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...