Skip to main content

Posts

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 
Recent posts

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamualaikum... 1. Diambil menggunakan sebuah kamera. Video jenis ini hanya mempunyai satu sudut sahaja kerana kamera yang digunakan adalah sebuah sahaja dan diletakkan di sebuah tempat tanpa menggerakkannya. 2. Perlu merakam situasi daripada awal sehingga habis.  Video tidak boleh dimatikan selagi lakonan tidak dihabiskan. Jurukamera juga tidak boleh melakukan jeda atau mengambil shot baru. 3. Memerlukan objek yang masuk ke dalam lingkungan kamera.  Kamera tidak bergerak dan hanya duduk di satu tempat sahaja.  4. Untuk mendapatkan video yang menarik, penggunaan peralatan yang berkaitan dengan lagu harus dipilih dengan baik. Kamera yang statik akan menyebabkan latar belakang video bersifat statik.  5. Video one shot dibahagikan kepada video one shot one layer, video one shot two layer dan video one shot three layer. Layer satu cuma ada satu objek sahaja bergerak. Layer dua ada dua objek di bahagian berbeza bergerak. Layer tiga ada tiga objek di tiga bahagian be

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalamualaikum... Papan cerita merupakan lakaran sesuatu yang akan dipersembahkan di dalam perisian multimedia. Papan cerita berbeza dengan cerita, kerana ianya bersifat ringkas dan tidak menunjukkan hasil yang lengkap.  1. Mengandungi lakaran cerita. Papan cerita memerlukan lakaran cerita yang akan dibentuk menggunakan lukisan, tulisan, mahu pun gambar yang sangat ringkas. 2. Disusun mengikut babak atau turutan. Perlu disusun mengikut turutan yang betul bagi memudahkan proses rakaman sebenar dijalankan. 3. Boleh dalam pelbagai bentuk. Papan cerita boleh dibuat menggunakan animasi atau tulisan tangan seperti tugsan E-Majalah. Tugasan e-majalah mengandungi 10 halaman dan tiap halaman mengandungi maklumat lakaran tentang sesebuah produk yang berbeza. Melalui papan cerita e-majalah, pembaca dapat mengetahui cerita tentang sesebuah produk secara ringkas dan teratur.  Sekian. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. 5. Teks

BBM3410/18: Kelas Amali Atas Talian Gaya Prof. Normaliza

Assalamualaikum kawan-kawan.. Hari ini bersamaan dengan khamis (15/11/2018), kami tiada kelas amali tetapi diganti atas talian. Jadinya Prof, kami ni memang jenis yang suka bagi kejutan. Bila cakap ada kelas atas talian je, semua kena amik perhatian. Dekat mana pun kita berada, mesti kena selalu peka dan pastikan telefon ada internet. Hahaha..  Untuk hari ni pula, kami perlu memuat naik video berdurasi 3 minit yang memaparkan kami membuat atau menggunakan adobe photoshop. Makanya, di bawah inilah hasilnya.  Itulah hasilnya. InshaAllah semoga membantu ya.  Sekian sahaja daripada saya, sehingga kita bertemu lagi di lain cerita pula. Bai~

BBM3410/18: Kalendar 2019 Yang Terlajak Cantik

Assalamualaikum kawan-kawan kesayangan hamba.. Teruja ni sebab nak cerita tentang kalendar yang memang terlajak cantik dan meletop lah. Kalendar ni adalah kalendar 2019 tau. Bukan 2018 ke 2020 ke 2020 pun lagilah bukan. Semenjak ambil subjek Multimedia ni, macam-macam kemahiran teknologi yang kami belajar dan aku memang suka bab-bab ni. Cantik tak cantik hasilnya adalah belakang cerita. Sebab semua tu boleh diperbaiki dan yang terpenting adalah minat dan usaha untuk menghasilkannya.  Aku dah diminta untuk menyiapkan kalendar hingga ke bulan Ogos untuk Minggu ke-8 kuliah ni. Masa cuti pertengahan semester pun jangan haraplah nak duduk goyang kaki depan tv kan kat rumah tu. Sah-sah kena hadap komputer riba buat kalendar. Tapi tak apa, sebab aku suka je belajar teknologi ni.  Aplikasi yang digunakan untuk membuat kalendar ini ialah Adobe Photoshop. Mula-mula buat benda ni memang tak tahu apa, rasa tak faham dan susahnya Ya Allah.... Tapi bila kita dah rajin tekan semua buta