Skip to main content

AKTIVITI PELAJAR

Pelajar akhir sem ke-7 kursus Bahasa dan Linguistik Melayu.

Cuma ada 5 subjek yang diambil sem ni termasuklah lax. Tugasan masih macam biasa.

Tugasan paling seronuk subjek prof ni lah. Multimedia. Buat video. Ahli kumpulan semua bagus-bagus tak ada masalah.

Tugasan subjek lain ada juga yang susah, tapi apa guna nak mengeluh kan? semua ni akan berakhir. Jalani saja dengan tenang. Prof yang selalu bagi motivasi.

Diajarkan redha pada kami, supaya kami sedar dunia ni tak selamanya susah. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Semua akan berlalu. Jalani dengan redha.

Terima kasih prof.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Papan Cerita

Assalamualaikum... Papan cerita merupakan lakaran sesuatu yang akan dipersembahkan di dalam perisian multimedia. Papan cerita berbeza dengan cerita, kerana ianya bersifat ringkas dan tidak menunjukkan hasil yang lengkap.  1. Mengandungi lakaran cerita. Papan cerita memerlukan lakaran cerita yang akan dibentuk menggunakan lukisan, tulisan, mahu pun gambar yang sangat ringkas. 2. Disusun mengikut babak atau turutan. Perlu disusun mengikut turutan yang betul bagi memudahkan proses rakaman sebenar dijalankan. 3. Boleh dalam pelbagai bentuk. Papan cerita boleh dibuat menggunakan animasi atau tulisan tangan seperti tugsan E-Majalah. Tugasan e-majalah mengandungi 10 halaman dan tiap halaman mengandungi maklumat lakaran tentang sesebuah produk yang berbeza. Melalui papan cerita e-majalah, pembaca dapat mengetahui cerita tentang sesebuah produk secara ringkas dan teratur.  Sekian.