Skip to main content

BBM3410/18: SUNGAI MANIK KampungKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Baca tajuk tu mesti agak kan aku nak cerita tentang kampung sendiri. Hurm.. memang nak cerita pun tentang kampung aku. Kampung aku ni letaknya di Perak. Tepatnya dekat Sungai Manik Teluk Intan Perak. 

Kalau sebut Teluk Intan, mesti ingat Menara Condong. Ya, menara yang senget sebijik macam menara condong Pisa tu. Hahahha... terkenal kan kampung aku ni? Nak bangga sekejap.


Yang ini Menara Condong Teluk Intan


Yang ini pula menara Pisa. Hampir sama kan?


Selain daripada tu, dekat kampung aku ni sama ja macam kampung-kampung orang lain. Ada sawah padi yang terbentang luas dan saujana mata memandang. Ayah aku pun salah seorang petani. Jadinya aku dengan sawah padi ni dah kira kawan baik dah. Nak masuk dalam sawah main  lumpur tu memang dah biasa sangat. Kalau orang selalu cakap takut lintas dengan pacat, aku mungkin dah biasa dengan semua tu. Aku boleh je hadap benda-benda tu.

Ni orang kampung aku panggil dia Pelam Air


Syurgaku



Sempena minggu ke-8 kuliah kami, Prof. Normaliza mengarahkan kami untuk memuat naik 10 keping gambar ke dalam Instagram berkaitan KampungKu. Bukalah Instagram aku, nanti bolehlah nak tengok gambar-gambar menarik sebab dekat blog ni mungkin tak sama. Hehehe.. rajin-rajinlah singgah ke Instagram aku juga ya. @amiraanois 

Baiklah kawan, setakat itu sahaja aku nak cerita kali ini. Lain kali kita jumpa untuk cerita yang menarik okay. Bai~


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Jom Sembang PASKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  PASKAL Siapa yang dah tonton filem PASKAL ni??? Haaa.. kawan-kawan, filem ni filem Melayu yang berlatar belakangkan ketenteraan di negara kita tau. Kalau diikutkan, saya bukanlah jenis yang gemar menonton filem atau drama bertemakan ketenteraan. Tapi saya terpaksa menonton filem ini dek kerana ajakan rakan saya. Suatu hari tu, saya mengajak rakan saya untuk pergi ke TheMines dengan tujuan nak makan Oden dan asikrim Matcha yang terkenal dekat Family Mart tu. Tiba-tiba, kawan saya ni ajak saya tengok cerita PASKAL. Saya pun bila dah kenangkan kabaikan kawan saya yang sanggup teman saya ke The Mines ni, saya pun setuju nak tonton filem PASKAL tu.  Tapi saya memang tak menyesal tengok cerita PASKAL ni, sebab memang terbaik kawan-kawan. Saya bagi 9 daripada 10 dan 1 markah yang kurang tu adalah disebabkan saya rasa jalan ceritanya jika dikembangkan hubungan Tuan Arman yang memiliki keluarga, anak dan isteri pasti ...