Skip to main content

BBM3410/18: Cerita Tentang Prof. Dr. Normaliza

Assalamualaikum kawan-kawan ...

Aku nak sembang sikit tentang Professor aku yang super letop ni. Okay, untuk satu hari tu, Prof. Normaliza masuk tv lagi tau. Siaran Al-Hijrah dan paling best Prof muncul sebagai Pensyarah UPM yang membicarakan topik mengenai Martabat Bahasa Melayu.




Siaran langsung yang aku tonton sekitar jam 8.30 pagi hari Isnin tu banyak memberikan kesedaran mengenai pentingkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat. Tepat yang dimaksudkan di dalam perbincangan pada hari itu dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dari segi struktur ayatnya. Ianya harus dimulakan oleh ibu bapa di rumah dan peringkat-peringkat sekolah. Diri sendiri merupakan individu yang harus melaksanakan usaha ini agar bahasa Melayu kita dapat dimartabatkan ke tahap yang selayaknya.


Bangga sangat tengok Prof. yang selalu mengajar dalam kelas sekarang duduk dalam TV. Hehhe.. Tahniah Prof. 



Penglibatan kaum-kaum lain di Malaysia juga penting dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu kita. Gunalah bahasa Melayu dengan tepat dan teratur agar bahasa yang sangat unik ini tidak akan lupur atau ditelan zaman.







Hasil-hasil like daripada Prof. 


Sedar tak sedar, sedikit perkongsian Prof. sudah tiba ke penghujungnya. Wajah Prof kelihatan gembira dan lega setelah berhasil menyampaikan sedikit ilmu untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang bahasa Melayu kita.



Ini bukti aku selesaikan tugasan yang Prof. beri. 


Saya sebagai pelajar, merasakan sangat gembira dengan usaha Prof untuk masa depan negara kita. Baiklah kawan, sehingga bertemu lagi di kemudian hari. Bai~

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Jom Sembang PASKAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  PASKAL Siapa yang dah tonton filem PASKAL ni??? Haaa.. kawan-kawan, filem ni filem Melayu yang berlatar belakangkan ketenteraan di negara kita tau. Kalau diikutkan, saya bukanlah jenis yang gemar menonton filem atau drama bertemakan ketenteraan. Tapi saya terpaksa menonton filem ini dek kerana ajakan rakan saya. Suatu hari tu, saya mengajak rakan saya untuk pergi ke TheMines dengan tujuan nak makan Oden dan asikrim Matcha yang terkenal dekat Family Mart tu. Tiba-tiba, kawan saya ni ajak saya tengok cerita PASKAL. Saya pun bila dah kenangkan kabaikan kawan saya yang sanggup teman saya ke The Mines ni, saya pun setuju nak tonton filem PASKAL tu.  Tapi saya memang tak menyesal tengok cerita PASKAL ni, sebab memang terbaik kawan-kawan. Saya bagi 9 daripada 10 dan 1 markah yang kurang tu adalah disebabkan saya rasa jalan ceritanya jika dikembangkan hubungan Tuan Arman yang memiliki keluarga, anak dan isteri pasti ...