Skip to main content

BBM3410/18: Kalendar 2019 Yang Terlajak Cantik

Assalamualaikum kawan-kawan kesayangan hamba..

Teruja ni sebab nak cerita tentang kalendar yang memang terlajak cantik dan meletop lah. Kalendar ni adalah kalendar 2019 tau. Bukan 2018 ke 2020 ke 2020 pun lagilah bukan.

Semenjak ambil subjek Multimedia ni, macam-macam kemahiran teknologi yang kami belajar dan aku memang suka bab-bab ni. Cantik tak cantik hasilnya adalah belakang cerita. Sebab semua tu boleh diperbaiki dan yang terpenting adalah minat dan usaha untuk menghasilkannya. 

Aku dah diminta untuk menyiapkan kalendar hingga ke bulan Ogos untuk Minggu ke-8 kuliah ni. Masa cuti pertengahan semester pun jangan haraplah nak duduk goyang kaki depan tv kan kat rumah tu. Sah-sah kena hadap komputer riba buat kalendar. Tapi tak apa, sebab aku suka je belajar teknologi ni. 

Aplikasi yang digunakan untuk membuat kalendar ini ialah Adobe Photoshop. Mula-mula buat benda ni memang tak tahu apa, rasa tak faham dan susahnya Ya Allah.... Tapi bila kita dah rajin tekan semua butang dekat aplikasi tu, barulah kita tahu fungsi tiap satunya. 

Jadinya, semua kerja pun jadi mudah. Dekat sini aku nak kongsi dua tiga keping gambar kalendar aku yang masih lagi dalam proses pembikinan. 


Siap ada gambar ayahanda aku tau!


Yang ni dengan kawan-kawan pula 

Gambar solo jangan dilupa


Ni gambar adik aku, aku dengan anak buah ye. Bukan gambar keluarga bahagia.

Apa macam kawan? Cantik kan? Hahhaa.. sebenarnya senang je nak cipta kalendar sendiri. Muat turun je aplikasi tu. Selepas itu, belajar lah perlahan-lahan. Nanti dapatlah hasilnya. Yang penting kena ada usaha. Baiklah kawan, setakat itu sahaja. Aku akan cerita benda lain yang lagi menarik pula lepas ni. Sehingga kita bertemu lagi. Bai~


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...