Skip to main content

BBM3410/18: Dah Ada 'One Shot Two Layer' Pula

Assalamualaikum rakan-rakan semua dan juga Prof Normaliza.

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke-9 kuliah bagi semester pertama sesi 2018/2019. Kelas pertama jam 10 pagi Isnin yang lalu, setiap kumpulan dikehendaki menayangkan video one shot hasil kumpulan masing-masing. Masa tu, macam-macam rasa keluar. Gemuruh untuk laksanakan pembentangan macam kuliah lain tak sangat. Tapi rasa malu tu meluap-luap. Manakan tidak, itulah kali pertama kami perlu menayangkan video yang menunjukkan kami menari sakan. 

Seronok sangat tengok gelagat kawan-kawan kelas. Macam-macam gaya ada tau. Yang duduk sajalah. Yang melebih-lebih lenggoknya. Yang kaku je walaupun menari. Lucu-lucu semua. Tapi itulah usaha kami, masing-masing usaha untuk hasilkan video terbaik memandangkan ini kali pertama kami kena hasilkan video macam ni.

Selesai semua kumpulan buat pembentangan, akhirnya Prof. menerangkan mengenai video kedua iaitu video one shot two layer. Tugasan yang kedua ni agak sama dengan video pertama. Yang membezakannya hanyalah ada lakonan melalui cerita yang dibawa oleh lirik lagu dalam video tersebut. Bermakna, ada ahli yang akan menyanyi dan ada juga yang akan berlakon bagi menceritakan maksud lagu tersebut.

Dekat bawah ni aku nak tunjukkan sikit di sebalik tabir pembikinan video kedua kami.


Yang sebelah aku tu watak utama tau


Aku bawa watak pelajar mengulangkaji pelajaran

Gambar kenangan selepas selesai rakam



Tugasan video yang kedua ini, dianggarkan akan ditayangkan pada isnin minggu ke-10 pula. Masa tu mesti lagi banyak benda baharu yang akan kami belajar. InsyaAllah, untuk aku, aku akan cuba jadikan setiap saat-saat terakhir di UPM ni bermakna buat kami. Setakat ini sahajalah cerita aku, nanti kita cerita lagi ya. Bai~

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...