Skip to main content

BBM3410/18: Aku Akhirnya Dah Sebaya Dengan Kawan Sekelas

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kawan-kawan..






 Ceria kan muka aku? Mestilah sebab siapa je tak suka kan bila ada kawan-kawan yang sebaik mereka ni.


9 November 2018, akhirnya aku pun secara rasmi telah memasuki usia 23 tahun dan sebaya dengan rakan-rakan sekelasku yang lain. Untuk tahun ni, sambutannya memang paling terbaik yang aku dapat. Tapi macam-macam pula yang jadi. Hahaha..

Mula-mula, pada hari jumaat tu tiba-tiba ada pensyarah umumkan ada kelas ganti jam 3 hingga 5 petang. Haaa... nak tak nak terpaksa lah pergi kelas kan. Kalau tak pergi nanti tak faham pula nak buat tugasan 3 yang diberi. Aku pun bergerak ke kelas menaiki motorsikal kepunyaan aku. Nudra seorang je yang ikut aku ke kelas. Kawan-kawan yang satu kumpulan dengan aku masing-masing buat alasan tak nak pergi. Aku pun biarkan saja mereka. 

Sampai je dekat kelas aku jam 3 petang, tiba-tiba kakak aku telefon. Tak pernah-pernah nak telefon aku tiba-tiba je kan. Gelabah lah jugak ingatkan hal penting. Rupa-rupanya nak suruh aku balik kampung semata-mata nak potong kek. Hahahhaa... aku pun cakaplah okay nanti semak tiket. 

Jadinya masa dalam kelas tu aku pun bukak google dan pergilah ke laman sesawang yang berkaitan untuk membeli tiket di atas talian. Nudra pun nampak apa yang aku buat. Punyalah dia kalut tak bagi aku balik petang tu. Dia cakap Ziemah sakit nak mintak tolong aku hantar PKU lah apalah. Macam dah tak ada kawan lain kan. Sampai hati tak bagi aku balik. 

Aku pun buat tak endah je, terus cari-cari tiket yang sesuai. Tiba-tiba Aziemah telefon aku. Suara dia langsung tak dengar macam sakit. Aku pun pelik sebab dia beria-ria tak bagi aku balik. Akhirnya, Ziemah hantar WhatsApp dekat aku tentang aktiviti mereka. Rupa-rupanya mereka sibuk memasak, menghias dinding bilik, mengemas untuk sambut hari jadi aku. Daripada mereka yang nak kejutkan aku, aku pulak yang bagi mereka kejutan. Hahaha..


Ni Nuraini


Yang ni Kak Ecah


Yang ni nama dia Aireen

Makanan semua sedap-sedap. Ziemah masak nasi goreng tom yum dan memang taraf lima bintang tau. Sedap sangat, rasa nak mintak dia buat lagi lah nanti. Lepastu, siap beli ayam berempah lagi, air koktail lah, sirap lah, kek secret lagi, hadiah-hadiah lagi. Aku betul-betul terharu dan teruja. Terima kasih kawan. 


Ni nama dia Nudra Syafini


Ni namanya Chef Aziemah


Dengan rakan sebilik Asmida






Ni kek dari Amelina

Tak lupa juga kepada Yaya yang bagi beg comel, Nora bagi pin-pin comel, Ziemah bagi gambar cantik, kawan-kawan yang mendoakan. Alhamdulillah. 

Terharulah rasa tapi pada masa yang sama rasa macam terburu-buru pula nak kena balik kampung bagai. Dan akhirnya aku pun membuat keputusan untuk pulang ke kampung pada hari sabtu keesokan harinya. Awal pagi jam 8 bas aku akan bergerak dari Terminal Bersepadu Selatan ke Teluk Intan Perak. InsyaAllah semoga berjalan lancar. Baiklah kawan, sehingga bertemu lagi. Bai~

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...