Skip to main content

BBM3410/18: Apa Maksud Twitter?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawanku semua...


Haaaaa...... besar tak besar gambar burung tu. Kalau nak tahu, tulah lambang rasmi media sosial Twitter.

Twitter ni ditubuhkan pada tahun 2006 yang berpangkalan di San Francisco, California, USA. Perancang utamanya ialah Jack Dorsey, Evan Williams dan juga Biz Stone. Apa yang menarik dengan media sosial ini adalah kerana ianya mudah digunakan, bersifat ringkas dengan penetapan had aksara sekitar 140 aksara sahaja. Tujuan pembatasan aksara ini adalah untuk menjadikan media sosial ini ringkas dan memudahkan pengikutnya membaca catatan pemilik akaun berkenaan. Rujukan daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Twitter  

Oleh kerana tugasan untuk kelas Multimedia ini memerlukan kami membuka akaun Twitter. Akhirnya aku dah sedikit mahir menggunakannya. Dekat bawah ni aku nak kongsi beberapa bukti kemahiran aku menggunakan Twitter. 

Punyalah hebat kan, banyak jugaklah bukti aku dan hebat. Jum tengok satu persatu. 

Aktiviti like - like

Ni masa sambutan hari jadi aku


Bila kau teruja nak retweet semua komen orang





Muat Naik Status Sendiri

Dah pandai chat dah

Up sekali. 




Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...