Skip to main content

Posts

BBM3410/18: Menceburi Dunia Twitter

Assalamualaikum semua... Jadinya harini dapatlah kita jumpa lagi di blog aku ni. Harap-harap sihatlah semua ya.. Okay lah hari ni aku nak bercerita tentang Twitter ! Kenapa Twitter? Kenapa tak Instagram ke, Facebook ke, You Tube ke, Telegram ke? Eh... banyak pulak tanya ek? Hahaha.. Tak adalah, cuma ada satu je sebab kenapa aku nak cerita tentang Twitter. Sebabnya, ini merupakan salah satu tugasan aku untuk subjek Prof Normaliza. Haaa... tak buat tak boleh skor A tau .. Huhu.. Inilah pertama kali dalam hidup aku guna benda alah ni. Nak buat akaun Twitter senang je, tak susah mana pun. Siap je buat akaun, mula lah sesi follow akaun-akaun kawan-kawan yang lain. Akaun ni dibuka bukan untuk ikut orang je tau, tapi wajib juga untuk kami muat naik status setiap minggu. Maka, bermulah zaman aku dan Twitter dengan patah-patah perkataan yang akan terapung di dalam media sosial tu. Tak banyak yang aku tulis sebab baru nak mengenal kan. Tapi Alhamdulillah mudah lah nak faham aplikasi ni....

BBM3410/18: Dialah Pensyarah Dialah Penyelia

Assalamualaikum semua..      Bersama Prof. Normaliza selaku penyelia PITA.                                                                       Rakan-rakan seperjuangan Kalau korang baca tajuk, agak-agak boleh ke teka apa-apa yang dimaksudkan dengan tajuk tu?.. Hahaha... janganlah teka, nanti bukan-bukan pulak yang korang fikirkan. Sebenarnya kali ni aku nak cerita tentang PITA. Maklumlah, tahun akhir kan. Siapa je yang tak BERPITA. Hahaha... Untuk aku pula, aku berPITA bawah Prof. Normaliza. Hebat tak hebat? Hee.. untuk sekarang ni, aku dan rakan-rakan yang sama ahli dah wajib siapkan 100% untuk semakan kali pertama Prof yang akan diemailkan kepada Prof 7 November 2018 nanti. Debar tak debar? Cuti pertengahan semester memanglah untuk berpulun habis-habisan. Naik je cuti nanti da...

BBM3410/18: Perubahan Kata Ganti Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hurmm... untuk kali ni aku nak membuat sedikit perubahan. Perubahan tu bukan apa pun, semata-mata nak rasa lebih selesa dan menganggap ini seperti catatan kau. Apa agaknya tu? Kalau kamu-kamu yang pernah baca blog aku sebelum ni mesti akan faham. Maklumlah, sebelum ni setiap penulisan aku menggunakan bahasa formal dengan kata ganti diri 'saya'. Tapi kali ni aku nak nampak lebih selesa dan menggunakan 'aku. Bila guna aku ni, rasa macam tengah berkomunikasi dengan kawan-kawan tau berbanding guna bahasa formal tu. Sengaja nak buat perubahan, nak merasa angin baru. Sejuk ke tidak. Hehehehe. Jadinya, untuk cerita-cerita akan datang aku akan gunakan cara yang sama. Barulah rasa macam seronok sikit nak sembang-sembang kan. Huhu.. Baiklah kawan-kawan, untuk kali ni itu sahaja aku tak kongsi. Sehingga kita bertemu lagi nanti. Bai~

BBM3410/18: Mengenali One Shot

Assalamualaikum rakan-rakan... Lama tak tambah cerita baru, jadinya hari ni aku nak kongsi sikit tentang kisah aku belajar mengenai video one shot. Aku boleh jamin semua orang pernah tengok video one shot. Sama ada dia sedar atau tak sahaja. Sebab apa? sebab benda ni ilmu. Kita cuma akan tahu bila kita belajar saja. Okaylah tak nak cakap panjang-panjang, jum ak cerita apa itu video one shot. Baiklahm video ni merupakan tugasan video pertama kami untuk kursus ni. Jadinya Prof. minta kami buat mimik muka, tarian, lakonan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sebuah lagu yang kami sendiri pilih. Lagu tu mestilah lagu Melayu.  Kumpulan aku 'Produksi 10' pilih lagu daripada Ayda Jebat-Nakal, Nakal, Nakal. Lagu ni memang rancak. Tarian memang sesuai. Oleh tu, kami pun pilih tarian untuk lagu ni. Untuk video one shot pula, sebenarnya bermaksud kamera yang digunakan haruslah kekal di tempat yang sama daripada mula lagu hinggalah habis. Para penyanyi atau pelakon ya...

BBM3410/18 : "Pujaan Hati Kanda"

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan.. Untuk cerita kali ni, saya nak kongsi tentang sebuah novel yang bagi saya amatlah istimewa. Novel ni bukan novel biasa-biasa tau. Satu je sebabnya, novel tu novel hasil tulisan kakanda saya. Dan.. dan... yang paling utama tuuu novel ni akan diadaptasi ke dalam drama pula. Bayangkan kawan-kawan, kakak saya gembira sangat. Bukan kejap-kejap yang tunggu semua tu. Saya sebagai adik pun turut terasa gembira tu .. Doa saya semoga drama tersebut berjaya dengan jayanyaa .. huhu .. Semoga kelak kakak saya juga akan menjadi seorang penulis yang berjaya menyebarkan bukan setakat cerita santai semata-mata tapi cerita yang mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan .. InsyaAllah .. amin ..  Jumpa lagi dalam cerita yang lain .. Bai~

BBM3410/18 : Uniknya simpulan Bahasa Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Bertemu lagi kita untuk pengisian kali ini. Kawan-kawan bila baca tajuk saya tu, apa yang anda bayangkan?? Mesti tentang bahasa Melayu kita yang penuh dengan bahasa-bahasa yang unik dan indah kan... Saya pun suka simpulan bahasa.. cumanya kawan-kawan, sejauh manakah kita mengetahui makna kepada simpulan bahasa kita ini?? Untuk tugasan minggu ke-6 kami, Prof meminta kami memilih 10 simpulan bahasa dan mengambil gambar yang menggambarkan simpulan bahasa tersebut. Kumpulan saya produksi 10 memilih 10 simpulan bahasa, antaranya ialah: 1. kutu embun 2. buruk perut 3. alas perut 4. makan suap 5. kaki borak 6. rambang mata 7. kera sumbang 8. berat tulang 9. Halwa telinga 10. patah hati Itulah antara tugasan saya untuk minggu ke-6 ... Di sambil belajar kami juga bergembira sepanjang proses pengambilan gambar-gambar tersebut.. Baiklah, itu sahajalah pengisian saya kali ini. Semoga ber

BBM3410/18 : Roommate Busuk?

Assalamualaikum semua... Busukkah dia??? Berkesempatan lagi kita untuk lepak-lepak dekat blog saya kan? Alhamdulillah.. Tapi.... Jangan fikir bukan-bukan dulu awak semua.. Cerita kali ni tak ada kaitan dengan umpatan, kejian, makian atau fitnah. Tajuk je macam tu, isi dia InsyaAllah ke syurga kita.. Hehhe.. Nak cerita sikit pasal roommate ni.. Siapa je yang tak pernah ada rommate kan? Mesti semua pernah merasa walaupun roommate tu adik-beradik sendiri je. Macam biasalah kan, bila ada roommate ni kenalah kita belajar erti tolak-ansur. Bertoleransi tu perkara pertama yang kita perlu lekatkan kan hati tau! Memang susah nak jadi baik atau tolak-ansur semua perkara, tapi mencubalah sebelum berkata tidak.  Berkenaan tajuk isi ni pula, urmm...tetap tentang roommate sendiri. Bukan nak cerita aib dia tapi nak cerita tentang fahaman saya sendiri. Persoalannya "BUSUKKAH DIA?" ... Busuk ni kawan-kawan, boleh jadi untuk sampah, makanan dan juga HATI.  Setiap daripa...