Skip to main content

BBM3410/18 : Kenali Pemilik Nama Ini

Hai... Assalamualaikum semua.. Untuk pengetahuan semua, coretan kali ini merupakan coretan yang pertama kali yang akan dimuat naik ke dalam blogstarz ini.. jadi, coretan kali ini adalah untuk memperkenalkan diri saya.. Apa tunggu lagi? Jom kenali saya kawan-kawan..

Pemilik blogstarz ini diberi nama Aini Amira Binti Isa.. Umurnya baru sahaja mencecah 23 tahun.. Seorang anak jati Teluk Intan yang dilahirkan di Hospital Besar Teluk Intan dan membesar di Kampung Sungai Manik.. Pendidikan awal bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik di Perak. Selesai menuntut ilmu di dua buah sekolah yang meninggalkan banyak kenangan itu, saya meneruskan pendidikan di peringkat pra-universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah selama setahun setengah. Berawal daripada itu, bermulalah kehidupan saya di Universiti Putra Malaysia pula selama kurang lebih tiga tahun setengah. Kini saya masih berada di tahun terakhir pengajian dan dijangka akan bergraduasi pada tahun 2019.. InsyaAllah dengan izin-Nya... Sama-sama doakan saya ye kawan-kawan. 

Sedikit tentang personaliti saya. Saya seorang yang sangat gemar mendengar lagu, menonton drama-drama Melayu dan sangat suka kepada warna yang ceria. Saya tidak suka mengambil gambar kecuali pada waktu-waktu tertentu. Anak ke-7 daripada 9 beradik dan saya sayang keluarga saya. Itu sahaja untuk posting perkenalan kita. Salam perkenalan dan jangan lupa follow blog saya ye kawan-kawan. Sehingga jumpa lagi di lain posting. Bai !

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum... 1. Memfokuskan bahagian tertentu objek atau individu.  Video jenis ini tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon. Hanya objek tertentu yang dipilih akan menjadi fokus video dari awal hingga habis video. 2. Berbeza dengan video one shot.  Video jenis ini berbeza dengan video one shot kerana video ini boleh menggerakkan kamera ke pelbagai sudut. 3. Menggunakan latar yang berbeza.  Video ini juga boleh menggunakan shot yang mempunyai satu layer, boleh dimasukkan babak yang mengandungi dua layer atau tiga layer. Latar belakang di dalam video jenis ini akan sentiasa berubah-ubah. 4. Perlu bersesuaian dengan lagu yang dipilih. Jalan cerita perlu berkaitan dengan lagu tetapi shot yang diambil lebih pelbagai dan menarik. Itulah perbezaan antara video one shot dengan video tanpa wajah. Pergerakan kamera, sudut, layer yang membezakannya. Sekian.

BBM3410/18: Tugasan Minggu-12 / Facebook

Assalamualaikum... Yezzaaa... dah masuk minggu 12 kuliah. Kali ni aku nak pos gambar bukti aku dah up status di FB yang ada gambar aku dengan Prof. Yang ni post kedua. Prof punya muka kecil je. Macam baya kami-kami je. Yang ni pos pertama. Gambar masa perjumpaan PITA.  Nama FB aku: Aini Amira Isa . Siapa-siapa yang jumpa boleh lah tambah jadi rakan ya. Baiklah, itu sahaja. Bai. 

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum.. Saya akan menghuraikan mengenai asas grafik. Asas grafik merupakan salah satu daripada ilmu yang telah saya pelajari dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.  1. Keseimbangan. Keseimbangan merujuk kepada gambar yang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai sudut. Contoh, sekeping gambar yang memperlihatkan sudut rumah. Setiap sudut gambar haruslah mempunyai keseimbangan yang sama. 2. Mudah . Mudah merujuk kepada gambar yang tidak mempunyai latar yang terlalu padat. Contoh asas grafik mudah adalah seperti gambar yang berkonsepkan minimalis. 3. Kesesuaian.  Gambar yang dirujuk menggunakan asas grafik kesesuaian adalah gambar yang menggunakan objek dan latar belakang yang bersesuaian antara satu sama lain. Contoh, gambar orang menggunakan pakaian kahwin berlatarkan majlis perkahwinan. 4. Warna. Warna-warna yang terang dan pelbagai digunakan untuk menunjukkan emosi yang gembira dan warna yang suram boleh digunakan untuk menunjukkan emosi yang sedih. ...